rayabtpnjpn

 

Tanggal 3 Julai 2018 terlakar sejarah jalinan kerjasama yang utuh antara JPN dan BTPN Perlis. Majlis sambutan Aidilfitri yang dianjurkan oleh JPN Perlis membuktikan bahawa terjalinnya hubungan yang kukuh antara dua organisasi. Buat julung kali, BTPN Perlis telah diberi kepercayaan untuk mengendali dan menguruskan gerai jamuan aidilfitri bersama Pejabat Pengarah JPN Perlis.
    Menu yang disediakan di gerai tersebut adalah sate, nasi himpit dan kuah kacang. Sebanyak empat ribu cucuk sate di bakar sepanjang majlis tersebut. Peruntukan belanja membeli dua ribu cucuk sate turut disumbangkan oleh mantan Ketua Unit, Unit Kokurikulum, Encik Yaakob bin Abdul Aziz sebagai sumbangan peribadi. Peruntukan belanja membeli sate selebihnya lagi  disumbangkan oleh pihak Pejabat Pengarah dan BAKEB BTPN Perlis. Sepanjang majlis yang diadakan secara santai ini turut dihadiri oleh tetamu kehormat iaitu YB Gan Ay Ling, DUN Indera Kayangan.

Penafian | Dasar Keselamatan | Dasar Privasi

Hakcipta portal Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis (BTPN Perlis)  dan kandungannya yang termasuk maklumat, teks, imej, grafik, fail suara, fail video dan susunannya serta bahan-bahannya ialah kepunyaan Kerajaan Malaysia dan BTPN Perlis.  Tiada mana-mana bahagian portal ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan bagi tujuan komersil atau lain-lain tujuan dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada Kerajaan Malaysia dan BTPN Perlis.

 

 

Go to top