kewangan

BTPN Perlis telah membuat persediaan awal bagi memastikan Sistem ePerolehan dapat diakses untuk perlaksanaan proses perolehan. Memandangkan masih terdapat kekeliruan dan kelemahan dalam melaksanakan Perkhidmatan/Perolehan melalui eP, Unit kewangan mengambil inisiatif untuk mengadakan bengkel yang dihadiri oleh semua yang terlibat dalam proses kewangan.

Bengkel ini dijalankan pada 18 hingga 20 Julai 2018 dan di makmal komputer BTPN Perlis. Seramai 13 peserta yang hadir terdiri dari Ketua Unit dan Pembantu tadbir dari BTPN dan PKG Perlis

Matlamat yang ingin dicapai dalam bengkel ini ialah:
1. Merancang sesuatu perbelanjaan dan perolehan
2. Mencari, memilih, menilai, dan melantik pembekal untuk menyediakan bekalan atau perkhidmatan
3. Mencipta dan menguruskan sesuatu Kontrak Kerajaan
4. Proses permintaan dan pemenuhan bagi bekalan dan perkhidmatan serta pembayaran

Aktiviti-aktiviti yang diikuti dalam bengkel ini adalah penerangan dari fasilitator, Hands-on dan melaksanakan latihan secara atas talian melalui ePerolehan Online Learning (epol)

Pengendali/fasilitator yang terlibat ialah Encik Aziz bin Ahmad (Wakil Commerce Dot Com). Hasil yang dicapai dari bengkel ini peserta dapat memahami dan mengesan kedudukan (tracking) proses pelaksanaan ePerolehan dari mula sehingga bayaran dapat disempurnakan disamping mematuhi Garis Panduan Agensi Untuk Persediaan Pelaksanaan Perolehan Kerajaan Melalui Sistem ePerolehan Baharu.

UKP merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam bengkel ini.


Penafian | Dasar Keselamatan | Dasar Privasi

Hakcipta portal Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis (BTPN Perlis)  dan kandungannya yang termasuk maklumat, teks, imej, grafik, fail suara, fail video dan susunannya serta bahan-bahannya ialah kepunyaan Kerajaan Malaysia dan BTPN Perlis.  Tiada mana-mana bahagian portal ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan bagi tujuan komersil atau lain-lain tujuan dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada Kerajaan Malaysia dan BTPN Perlis.

 

 

Go to top