Satu bengkel Animasi Digital Story Telling (DST) 2018 telah diadakan pada 19-21 Julai 2018 bertempat di makmal komputer Bahagian Teknologi  Pendidikan Negeri Kedah (BTPN Kedah). Bengkel yang diadakan ini pada akhirnya akan menghasilkan murid yang berupaya menggunakan perisian animasi digital, menghasilkan satu klip animasi, mengaplikasikan teknik mencari maklumat dan pelbagai lagi     manfaat  terhadap mereka.    


Bengkel ini diadakan dan dikendalikan oleh para guru yang berpengalaman dalam bidang berkaitan. Mereka terdiri daripada Mior Mohd Shahril bin Mior Sharifuddin, Pn. Norashikin binti Hassan dan Pn. Rohaiza binti Tahir.  Setiap sekolah yang diwakili oleh SK Institut Pendidikan Guru Malaysia Perlis (SK IPGM), SK Kayang, SK Sena, SK Padang Keria, SMK Abi, SMK Arau, SMK Dato’ Ali Ahmad dan SMK Kuala Perlis telah menghantar 3 orang pelajar dan seorang guru pengiring. PIhak BTPN Perlis akan memilih 1 pemenang bagi sekolah rendah dan 1 pemenang bagi sekolah menengah untuk mewakili Perlis ke peringkat kebangsaan.    Animasi yang dihasilkan pada kali ini bertemakan “Patriotisme” dan klip boleh dihasilkan dalam dua bahasa iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Majlis penutup dan pengumumna pemenang akan diadakan di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis dan tarikh tutup penghantaran penyertaan adalah pada 31 Julai 2018.  

Penafian | Dasar Keselamatan | Dasar Privasi

Hakcipta portal Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis (BTPN Perlis)  dan kandungannya yang termasuk maklumat, teks, imej, grafik, fail suara, fail video dan susunannya serta bahan-bahannya ialah kepunyaan Kerajaan Malaysia dan BTPN Perlis.  Tiada mana-mana bahagian portal ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan bagi tujuan komersil atau lain-lain tujuan dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada Kerajaan Malaysia dan BTPN Perlis.

 

 

Go to top