perjumpaanSSQSJulai2017

Perjumpaan Guru Penyelaras Bestari/Guru Penyelaras ICT diadakan bersama Taklimat Penarafan SSQS 2017 pada 17 Julai 2017. Program ini diadakan bermula jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari di Dewan Pulai 1, BTPN Perlis.
Sepanjang program ini, taklimat dan perbincangan mencakupi pelbagai isu seperti pelaksanaan dan isu 1BestariNet Fasa 2, Frog VLE, Pelaksanaan Digital Story Telling (DST), Digital Story Telling (DST) Animation, Penyelenggaraan peralatan ICT sekolah dan taklimat khas pelaksanaan SSQS Versi 3.0. Sesi taklimat diberikan oleh En. Md. Zailani Md. Shah dan En. Ahmad Juanda b. Sakaria dari Unit Pembestarian Sekolah (UBEST) .

Selain itu, perkongsian ilmu berkaitan Google Apps khasnya Google Hang Out juga telah diberikan oleh En. Adie Redzuan b. Kasim, Pegawai Teknologi Pendidikan, Unit Media dan Inovasi Pendidikan yang juga merupakan Google Certified Educators (GCE).

Penafian | Dasar Keselamatan | Dasar Privasi

Hakcipta portal Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis (BTPN Perlis)  dan kandungannya yang termasuk maklumat, teks, imej, grafik, fail suara, fail video dan susunannya serta bahan-bahannya ialah kepunyaan Kerajaan Malaysia dan BTPN Perlis.  Tiada mana-mana bahagian portal ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan bagi tujuan komersil atau lain-lain tujuan dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada Kerajaan Malaysia dan BTPN Perlis.

 

 

Go to top