Majlis Penyerahan Memo Pertukaran

Majlis penyerahan memo pertukaran

Seramai enam orang juruteknik komputer dari enam Pusat Kegiatan Guru Negeri Perlis terlibat dalam pertukaran tempat bertugas ( job rotation). memo pertukaran diserahkan oleh tuan KPP dalam majlis ringkas. Pertukaran ini adalah  prosedur biasa di dalam sesebuah organisasi ke arah mempertingkatkan kecemerlangan.

Maklumat pertukaran adalah seperti berikut:

  1. En. Mohamad Sanim bin Bohari  dari PKG Tunjong  ke PKG Titi Tinggi.
  2. En. Mohamad Zulhafifi bin Rusli dari PKG Jejawi ke PKG Arau.
  3. En. Ahmad Firdaus bin Che Ani dari PKG Arau ke PKG Simpang Empat.
  4. En. Nurmuhamad Shafiq bin Mohd Raffi dari PKG Simpang Empat ke PKG Tunjong.
  5. Pn. Shazia Fariza binti Shamsaadal Sholeh dari PKG Tambun Tulang ke PKG Jejawi
  6. Pn. Anum binti Kassim dari PKG Titi Tinggi ke PKG Tambun Tulang.

Bengkel Penyelarasan SKT 2017

Bengkel ini telah dijalankan pada 17 Januari 2017 di Makmal Komputer, bermula 8.30 pagi. Penglibatan seramai 15 orang terdiri dari Ketua-ketua Unit dan Pegawai Teknologi Pendidikan, Pusat Kegiatan Guru. Bengkel ini dianjurkan oleh Unit Pengurusan Strategik  En. Abdul Ghani bin Said  bertindak sebagai Fasilitator. Bengkel ini dilaksanakan bertujuan untuk menyemak kembali draf SKT yang telah dibangunkan 6-8 Disember 2016 yang lalu untuk dikemaskini sebelum draf tersebut diterima pakai sebagai SKT 2017.

imej edited

MESYUARAT PENGURUSAN BTPN/PKG BIL. 1/2017

Mesyuarat Pengurusan  BTPN – PKG Perlis  Bil. 1/2017 diadakan pada 11 Januari 2017 yang diurusetiakan oleh Unit Pengurusan Strategik. Mesyuarat  ini dilansungkan di Bilik Mesyuarat Utama BTPN Perlis. Agenda mesyuarat kali ini dimulakan dengan ucap utama oleh Tuan Ketua Penolong Pengarah yang banyak menyentuh perkara-perkara dasar dan hala tuju organisasi ke arah pencapaian  KPI 2017 ” Perlis Berada di Top 5 ” dengan konsep Penambahbaikan dan Peningkatan.  Mesyuarat ini melibatkan ahli seramai 20 orang yang terdiri daripada Ketua Jabatan, Penolong-penolong Pengarah, Ketua-ketua Unit, Pegawai Teknologi Pendidikan (PTP) Pusat Kegiatan Guru ( PKG ) juga  berapa orang pegawai dan kakitangan sokongan yang terlibat secara langsung dalam pengurusan Aset, Perolehan dan Kewangan. Kerjasama yang sangat baik  ditunjukkan oleh ahli di sepanjang sesi mesyuarat berjalan.   Kesimpulannya, mesyuarat ini pentas yang baik kepada semua untuk membuat perancangan dengan lebih sistematik ke arah pemantapan dalam membantu peningkatan produktiviti dan kualiti kerja serta pencapaian KPI di dalam  organisasi.

edited1